Tuesday 16 June 2015

DIY

 

 





 
 
 

BERRISOM LIPTINT TATOO


BERRISOM LIPTINT TATOO

 

Ouch~ really love it.. 1 time tgk at utube minah Korean ni pakai. nmpk natural sgt. tp xtw nak cari at Malaysia at mana aihh. so pencari online bermula.. Ada yg jual 1 RM 38.. emmm mahal gak. but ada cari jumpe 1 ig ni jual RM25 only.. Musqkil gak sbb tkut is that ori or not ?

So skunk tgh cari2 gak. Sapa tw kedai yg jual brg korea ORI ni Malaysia.. pls bgtw iolls oke.. huhu :)

 

Berrisom liptint ada 6 warna :

 

1) BUBBLE PINK

2) SEXY RED

3) LOVELY PEACH

4) PURE PINK

5) CANDY ORANGE

6)  CHIC PURPLE

 
lovely peach. untuk natural lip :)
 
Orange kaler heheh
 
 

Monday 27 April 2015

Apa itu DYSLEXIA ?

Dyslexia adalah orang yang mempunyai masalah di dalam pembacaan tetapi bijak dimana IQ  sama atau lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Kadang kala pelajar-pelajar dyslexia di sekolah akan dianggap lembap oleh guru dan rakan-rakan kerana sukar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan keyakinan diri seorang kanak-kanak. BUT DYSLEXIA IS NOT DUMB.

Tahukah anda bahawa orang-orang terkenal seperti Albert Eistein, Leonardo da Vinci, Thomas Edison, penulis Hans Christian Anderson, pelakon Tom Cruise dan Orlando Bloom adalah orang yang mempunyai dyslexia.


Oleh yang demikian dengan bantuan awal yang betul, kita boleh membantu kanak-kanak dyslexia untuk menguasai  bidang pembelajaran mereka.  Tanda-tanda dyslexia boleh dikenal pasti seawal umur 5 ½ tahun. Tidak kurang juga ada yang baru dikenalpasti semasa umur persekolahan. Tidak semua kanak-kanak dyslexia akan mempunyai tanda-tanda yang sama.


Antara simptom-simptom dyslexia adalah:
  1. Sukar memasang butang atau mengikat tali kasut
  2. Tersalah pakai kasut
  3. Cuai di dalam pergerakan “clumsy” dan mudah jatuh
  4. Menghadapi masalah untuk melompat (hop & skip)
  5. Menghadapi masalah untuk menangkap, membaling dan menendang bola
  6. Menghadapi kesukaran untuk memahami arahan seperti atas/bawah, dalam/ luar, depan/belakang
  7. Sukar untuk mengikut arahan yang panjang pada suatu masa
  8. Mungkin mempunyai sejarah lewat bercakap
  9. Pertuturan yang tunggang langgang seperti “padah sawi” untuk sawah padi
  10. Sukar menyebut perkataan yang banyak suku kata seperti “hospital” untuk hospital.
  11. Sukar menamakan objek
  12. Keliru antara kiri dan kanan
  13. Bahagian anggota tangan yang dominan tidak dapat dikenal pasti
  14. Tulisan tangan yang tidak kemas dan mempunyai banyak huruf/ perkataan yang terbalik (contoh huruf b/d, u/n, p/q, m/w )
  15. Tidak boleh menyalin daripada papan putih / papan hitam dengan betul
  16. Sukar untuk mengingat hari,tarikh lahir, alamat, nombor telefon
  17. Sukar mengenal masa/ membaca jam
  18. Keliru perkataan “semalam” atau “esok”
  19. Sukar mengingati turutan sesuatu perkara. Contoh: turutan hari Isnin-Ahad,  bulan Januari – Disember.
  20. Sukar membaca secara fonik
  21. Berasa mudah penat kerana menggunakan konsentrasi dan tenaga yang tinggi  tetapi membuahkan hasil yang sedikit. Oleh yang demikian kanak-kanak mungkin akan mengelat apabila tiba masa untuk belajar
Kajian telah membuktikan bahawa diagnosa dan terapi yang cepat dapat membantu kanak-kanak dyslexic dengan lebih bagus.

Contoh Movie yg best about Dyslexia. sedih sgt . Hidustan punya. Pelakun Amir Khan yg ensem :)

GILER BUKU

YEAH. skunk giler buku FIXI. Jatuh cinta kat cover buku dia yg special. unik and tajuk yg ohsem. hahaha. . Akan penuhkan rak dgn buku2 lain. Skunk ada buku Ngeri dan Nasi Kangkang. Korang patut baca.. :)