Monday 27 April 2015

Apa itu DYSLEXIA ?

Dyslexia adalah orang yang mempunyai masalah di dalam pembacaan tetapi bijak dimana IQ  sama atau lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya.

Kadang kala pelajar-pelajar dyslexia di sekolah akan dianggap lembap oleh guru dan rakan-rakan kerana sukar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan keyakinan diri seorang kanak-kanak. BUT DYSLEXIA IS NOT DUMB.

Tahukah anda bahawa orang-orang terkenal seperti Albert Eistein, Leonardo da Vinci, Thomas Edison, penulis Hans Christian Anderson, pelakon Tom Cruise dan Orlando Bloom adalah orang yang mempunyai dyslexia.


Oleh yang demikian dengan bantuan awal yang betul, kita boleh membantu kanak-kanak dyslexia untuk menguasai  bidang pembelajaran mereka.  Tanda-tanda dyslexia boleh dikenal pasti seawal umur 5 ½ tahun. Tidak kurang juga ada yang baru dikenalpasti semasa umur persekolahan. Tidak semua kanak-kanak dyslexia akan mempunyai tanda-tanda yang sama.


Antara simptom-simptom dyslexia adalah:
  1. Sukar memasang butang atau mengikat tali kasut
  2. Tersalah pakai kasut
  3. Cuai di dalam pergerakan “clumsy” dan mudah jatuh
  4. Menghadapi masalah untuk melompat (hop & skip)
  5. Menghadapi masalah untuk menangkap, membaling dan menendang bola
  6. Menghadapi kesukaran untuk memahami arahan seperti atas/bawah, dalam/ luar, depan/belakang
  7. Sukar untuk mengikut arahan yang panjang pada suatu masa
  8. Mungkin mempunyai sejarah lewat bercakap
  9. Pertuturan yang tunggang langgang seperti “padah sawi” untuk sawah padi
  10. Sukar menyebut perkataan yang banyak suku kata seperti “hospital” untuk hospital.
  11. Sukar menamakan objek
  12. Keliru antara kiri dan kanan
  13. Bahagian anggota tangan yang dominan tidak dapat dikenal pasti
  14. Tulisan tangan yang tidak kemas dan mempunyai banyak huruf/ perkataan yang terbalik (contoh huruf b/d, u/n, p/q, m/w )
  15. Tidak boleh menyalin daripada papan putih / papan hitam dengan betul
  16. Sukar untuk mengingat hari,tarikh lahir, alamat, nombor telefon
  17. Sukar mengenal masa/ membaca jam
  18. Keliru perkataan “semalam” atau “esok”
  19. Sukar mengingati turutan sesuatu perkara. Contoh: turutan hari Isnin-Ahad,  bulan Januari – Disember.
  20. Sukar membaca secara fonik
  21. Berasa mudah penat kerana menggunakan konsentrasi dan tenaga yang tinggi  tetapi membuahkan hasil yang sedikit. Oleh yang demikian kanak-kanak mungkin akan mengelat apabila tiba masa untuk belajar
Kajian telah membuktikan bahawa diagnosa dan terapi yang cepat dapat membantu kanak-kanak dyslexic dengan lebih bagus.

Contoh Movie yg best about Dyslexia. sedih sgt . Hidustan punya. Pelakun Amir Khan yg ensem :)

GILER BUKU

YEAH. skunk giler buku FIXI. Jatuh cinta kat cover buku dia yg special. unik and tajuk yg ohsem. hahaha. . Akan penuhkan rak dgn buku2 lain. Skunk ada buku Ngeri dan Nasi Kangkang. Korang patut baca.. :)

 
 

DOA PEMANIS WAJAH NABI YUSUF



Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi Yusuf.

Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)

Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini. 

Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan... Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"
 

 
Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.


"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii"

Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.
"Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu"
Caranya:
  1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah. 
  2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui
  • Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
  • Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.