Kadang kala pelajar-pelajar dyslexia di sekolah akan dianggap lembap oleh guru dan rakan-rakan kerana sukar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan keyakinan diri seorang kanak-kanak. BUT DYSLEXIA IS NOT DUMB.
Tahukah anda bahawa orang-orang terkenal seperti Albert Eistein, Leonardo da Vinci, Thomas Edison, penulis Hans Christian Anderson, pelakon Tom Cruise dan Orlando Bloom adalah orang yang mempunyai dyslexia.
Oleh yang demikian dengan bantuan awal yang betul, kita boleh membantu kanak-kanak dyslexia untuk menguasai bidang pembelajaran mereka. Tanda-tanda dyslexia boleh dikenal pasti seawal umur 5 ½ tahun. Tidak kurang juga ada yang baru dikenalpasti semasa umur persekolahan. Tidak semua kanak-kanak dyslexia akan mempunyai tanda-tanda yang sama.
Antara simptom-simptom dyslexia adalah:
- Sukar memasang butang atau mengikat tali kasut
- Tersalah pakai kasut
- Cuai di dalam pergerakan “clumsy” dan mudah jatuh
- Menghadapi masalah untuk melompat (hop & skip)
- Menghadapi masalah untuk menangkap, membaling dan menendang bola
- Menghadapi kesukaran untuk memahami arahan seperti atas/bawah, dalam/ luar, depan/belakang
- Sukar untuk mengikut arahan yang panjang pada suatu masa
- Mungkin mempunyai sejarah lewat bercakap
- Pertuturan yang tunggang langgang seperti “padah sawi” untuk sawah padi
- Sukar menyebut perkataan yang banyak suku kata seperti “hospital” untuk hospital.
- Sukar menamakan objek
- Keliru antara kiri dan kanan
- Bahagian anggota tangan yang dominan tidak dapat dikenal pasti
- Tulisan tangan yang tidak kemas dan mempunyai banyak huruf/ perkataan yang terbalik (contoh huruf b/d, u/n, p/q, m/w )
- Tidak boleh menyalin daripada papan putih / papan hitam dengan betul
- Sukar untuk mengingat hari,tarikh lahir, alamat, nombor telefon
- Sukar mengenal masa/ membaca jam
- Keliru perkataan “semalam” atau “esok”
- Sukar mengingati turutan sesuatu perkara. Contoh: turutan hari Isnin-Ahad, bulan Januari – Disember.
- Sukar membaca secara fonik
- Berasa mudah penat kerana menggunakan konsentrasi dan tenaga yang tinggi tetapi membuahkan hasil yang sedikit. Oleh yang demikian kanak-kanak mungkin akan mengelat apabila tiba masa untuk belajar
Contoh Movie yg best about Dyslexia. sedih sgt . Hidustan punya. Pelakun Amir Khan yg ensem :)