Sunday, 1 February 2015

Apa itu CETAPHIL ?

Cetaphil ni sebenarnya sejenis skincare untuk mereka yang berkulit senstitif dan berjerawat. Sebelum ni my story, my skin problms ada pimples over my face lately and tertipu dgn skincare online. Jadi da xtw nak pakai apa untuk cure kan skin.. Punya la search produk. Mula-mula ingat nak pakai Mary Kay tp x mampu sb 1 set dah rage price RM 280 and kena beli o9 gak.. Payah je asa kalo nak cari stok. Tapi org ckp Mary Kay mmg bgs sb from botanical.

Search punya search . My choice iaitu :
1) Eucerin
2) Cetaphil
3) Simple

Hakk ni cari je at Watson or Guardian, gerenti adoooo :)
Ecurin and cetaphil prices dia pwn bole tahan..hahaha. Pikir2 nak hilangkan jerawat ni and supaya x de jerwat naik . Muka bebas minyak. Kalo Simple, ya murah . tapi kwn ckp ikut org gak sbb simple ni ada org pakai x sesuai ngn muka nya... emm penin kakngah tw.. baru cari skincare je.. buka cari brg kawen..heheh.. 

Skincare ni recommend by Dermatologist.

Mahal cket xpa asalkan bebaloi.. tahan 3bulan hehehe
Simple Skincare

Akhir2 pikir, adek pwn ade pimples prob . Jadi beli la Cetaphil. Share duit guna 2 org..huhu.. Sbb nak tgk sesuai x dgn kulit.. Kalo ok, continue pakai :)
Officially skunk pakai Cetaphil da 2 minggu. Jerawat x naik. Sumpah x tipu lol. Cleanser dia x de buih pwn. Solve problem bout my pimples.. Skunk nak hilangkan bekas2 jerwat je :(

Okay, that for today.. Peace . .






D-COLLAGEN Anti Penuaan yang Terbaik !

D-COLLAGEN

Assalamualaikum.

Hari nak cite pasal D-Collagen, mula kenal dgn produk ni bila kwn try and recommend kan. Dia dulu ada Ezema, Alhamdulillah makin sembuh. Since my skin ada problms dia suruh try produk ni. I baru je consume a weeks , kita tggu yea hasilnya :) Tp bnyk reviewer kata elok for skin and health.

Inovasi formula kecantikan anti penuaan terkini dan makanan tambahan kesihatan kolagen bersama bahan utama seperti BIRD -NEST, PITERA,madu , goji berry dan sengkuang mempercepatkan proses pemulihan sel kulit baru, melembap dan mencerahkan kulit secara alami, segar berseri, lebih anjal dan mulus pada masa yang singkat.

D-Collagen Produk Anti Penuaan Terbaik ini tidak hanya memfokuskan kepada kaum wanita sahaja. Produk ini boleh diambil oleh lelaki juga dan tanpa mengira umur. Malahan wanita mengandung dan menyusukan bayi juga boleh menggunakan D-Collagen. 

SHINE BRIGHT LIKE A DIAMOND

D-COLLAGEN mampu memberi perubahan pada wajah anda yang mempunyai masalah
* Kulit kering dan kasar
* Tidak bermaya
* Pigmentasi kulit
* Cepat letih dan lesu
* Kulit berkedut dan mulai kendur
* Berjerawat

KEBAIKAN NYA
  • anti penuaan dan memelihara keremajaan kulit
  • memeliharan ketengangan dan keanjalan kulit
  • membantu memperbaiki struktur kulit 
  • kulit menjadi putih, bersih dan semakin sihat
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi
  • memelihara kelenturan sendi
  • memberikan tenaga
  • mengurangkan keradangan
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf
  • mengurangkan & mengecutkan kesan jerawat pada muka
  • mengecilkan pori-pori dan mengawal sebum minyak pada muka
  • mencerahkan kawasan tersembunyi seperti celah ketiak dan leher
  • meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan
  • menguatkan salur darah dan melancarkan sistem aliran darah
  • membina struktur tisu penyokong dan mengawal fungsi sel
  • melindungi tulang rawan pada sendi

GABUNGAN BAHAN SEMULAJADI

Daripada pembacaan, masalah anti penuaan yang kita nampak hari ni lebih banyak dipengaruhi dengan faktor tekanan, makanan & persekitaran. Jadi, D-Collagen Produk Anti-Penuaan Terbaik ini membantu untuk mengawal dan mengurangkan simptom-simptom awal penuaan. 

D-Collagen Produk Anti Penuaan Terbaik ini dihasilkan dengan ramuan dan gabungan bahan-bahan yang memang telah diyakini memberikan kesan terbaik dalam anti penuaan. 

Antara bahan yang lain dari yang lain dan tidak ada pada sebarang produk minuman collagen lain tapi ada dalam D-Collagen adalah Pitera dan Sarang Burung. Kedua-dua bahan ni memang dari dulu lagi dipercayai memberikan hasil terbaik untuk melawan penuaan. Bukan tu je, ada banyak lagi bahan semulajadi dan berkhasiat yang digunakan iaitu madu, goji berry dan white yam bean. 

D-Collagen Produk Anti-Penuaan Terbaik ini juga mampu memberikan khasiat untuk merawat sakit sendi dan sakit tulang yang sangat biasa di kalangan perempuan. Begitu juga dengan khasiat untuk memperbaiki struktur kulit dan menghilangkan kesan parut, jerawat dan masalah jeragat. Senang kata, D-Collagen Produk Anti Penuaan Terbaik memang cukup lengkap serba serbi!

cara utk minum DC sangat senang uolss :-

1) Masukkan air suam/sejuk kedalam shaker sebanyak 150ml
2)Masukkan satu scoop DC kedalam shaker..
3)Shake shake shake sehingga nmpk buih sikit..
4)Baca bismillah dan kita minum!!! rasa peach yang sangat sedap pasti akan buat uolss rasa nk lagi.

Jgn risau D-Collage mempunyai sijil Halal & Kelulusan KKM

SOALAN LAZIM

Jika ada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung atau penyakit kronik lain selamat di minum atau tidak?

D-Collagen selamat di minum.Ianya minuman nutrisi yang bebas kandungan gula dan bahan pengawet.Jika ragu dan bimbang akan tindak balas yang teruk, boleh mengurangkan dos pengambilan.

Adakah D-Collagen sesuai untuk ibu mengandung dan juga menyusukan anak?

Ya,ianya sesuai untuk ibu mengandung atau menyusukan anak kerana tiada kandungan yang berbahaya untuk bayi.Insyallah kulit baby akan jadi gebu dan halus bila di lahirkan.Kandungan seperti sarang burung, white yam,dan madu mempunya protein dan khasiat yang tinggi.

Alahan Seafood atau resdung boleh mengambil D-Collagen?

Boleh.D-Collagen di formulasikan dari sumber akuatik ikan talapia dan sarang burung(walid) serta kandungan pitera dan buahan-buahan sangat sesuai untuk kesihatan dalaman dan memperbaiki struktur kulit menjadikan lebih cantik dan lembap.

TESTIMONI BERJAYA

Saturday, 31 January 2015

Nourain Skincare




NourAin Beauty Care merupakan produk berasaskan herba-herba terpilih yang mampu menyihatkan kulit wajah serta mengembalikan seri wajah yang hilang berpunca daripada kulit rosak. Herba-herba terpilih yang terdapat di dalam produk Nourain,menjadikannya produk yang berkualiti tinggi yang mampu memberi kepuasan yang maksima kepada para penggunanya. Sangat berkesan untuk kulit normal dan kulit yang mempunyai masalah jerawat serta jeragat.

Ciri-Ciri Product NourAin 
* Beraskan Herba-herba terpilih
* Mengandungi vitamin C
* Sesuai untuk semua jenis kulit 
* Tiada berlaku pengelupasan 
* Memberi Keseimbangan kelembapan pada kulit 
* Menyerikan kulit wajah
* Sesuai untuk lelaki dan wanita


Semakin hari permintaan pesanan untuk produk ini amat menggalakan. Rata-rata pelanggan sangat berpuas hati dan akan repeat order lagi. Melihat perkembangan klient, dengan perubahan penampilan yang lebih yakin dan gembira.adalah satu kenangan manis buat saya kerana dapat membantu anda.
  
Penggunaan produk Set Lengkap Nour Ain akan membantu anda

~Memutihkan kulit wajah dan menjadi lebih cerah dan berseri-seri 
~Menghilangkan masalah kulit berminyak pada muka 
~Memudar dan menghilangkan jerawat, jerawat, parut, white head, black head & lingkaran gelap bawah mata 
~Hilangkan bintik hitam, white head pada bahagian bermasalah (dahi / hidung) 
~Kulit muka menjadi lebih licin & gebu 
~Mengurangkan kedut dan tegang pada kulit muka 
~Wajah nampak lebih 'glowing' dan cerah 
~Keluar rumah tanpa perlu bermekap tebal 
~Lindungi kulit wajah dari sinaran UV 
~Menjadikan anda kelihatan lebih muda dari usia sebenar

ORDER ------> Whatsapp 018-218 4760


Complete Set

1.Nour Ain Beauty Soap

2.Nour Ain UV Foundation (10gm)

3.Nour Ain Night Cream (5gm)

4.Nour Ain Facial Toner

5.Nour Ain Vit-C Serum
Set 3 in 1

1.Nour Ain Beauty Soap

2.Nour Ain UV Foundation (10gm)

3.Nour Ain Night Cream (5gm)
 SOALAN LAZIM

1) Adakah wanita hamil boleh menggunakannya?
Jawapan: Boleh. Kerana NOUR AIN adalah produk yg diluluskan KKM dan mempunyai sijil halal. Kandungannya tidak membahayakan mana-mana pengguna termasuk wanita hamil bahkan ianya diperbuat daripada herba-herba terpilih.

2) Adakah produk NOUR AIN ini memberikan kesan pengelupasan apabila menggunakannya?
Jawapan: Produk NOUR AIN amat memberi kepuasan kepada pengguna untuk kelihatan cerah berseri tanpa ada proses pengelupasan.

3) Berapa lamakah kesan yang bakal diperolehi oleh pembeli bagi kulit muka setelah menggunakan produk NOUR AIN ini?
Jawapan: Ianya bergantung kepada jenis & hormon kulit pengguna. Ada pengguna yang memperolehi kesannya seawal 3 hari. Ada yang 2 minggu. Bergantung juga kepada cara penggunaan pengguna sama ada konsisten atau tidak.

4) Adakah ianya mampu menghilangkan jeragat?
Jawapan: Produk NOUR AIN memang dirumus khas untuk menghilangkan jerawat, jeragat, dan juga menyerikan kulit kusam, lesu, letih serta tidak bermaya. Penggunaan serum vitamin c NOUR AIN bakal mengembalikan keserian wajah dengan penggunaan set lengkap NOUR AIN.

5) Adakah produk ini telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia?
Jawapan: Ya. Produk NOUR AIN telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setiap nombor sirinya telah dicetak di kotak-kotak produk NOUR AIN.

6) Adakah ianya sesuai digunakan oleh lelaki?
Jawapan: Produk NOUR AIN sesuai digunakan oleh setiap lapisan masyarakat, tidak mengira usia dan jantina termasuk lelaki.

7) Dimanakan produk NOUR AIN ini diperbuat?
Jawapan: Produk NOUR AIN adalah barangan buatan MALAYSIA. Ianya diperbuat di Malaysia.

8) Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh kulit saya sekiranya saya ingin bertukar produk kepada produk NOUR AIN ini?
Jawapan: Ianya bergantung kepada keputusan pengguna sama ada ingin bertukar terus daripada produk lama kepada produk NOUR AIN memandangkan produk NOUR AIN ini tiada proses pengelupasan.

9)Adakah ianya sesuai untuk kulit berjerawat atau berjeragat?
Jawapan: Ianya sesuai untuk SEMUA jenis kulit sama ada yg berjeragat, berjerawat, kusam, letih, gelap atau tidak bermaya.

10)Bolehkah saya bermekap jika memakai UV Foundation?
Jawapan: Boleh. UV Foundation boleh dipakai di bawah lapisan foundation yg anda suka 
(cth:simply city, naturactor, dsb). Ini adalah kerana tekstur uv foundation itu sendiri yg tidak tebal. Hanya sapuan nipis diperlukan jika anda ingin menambah mekap anda.


Friday, 30 January 2015

Mari melukis kening..

Bila keluar g jalan2 jew mesti tengok minah2 at Malaysia ni..fuhh kening lawanya.. tgk at ig pwn. terer nya depa ni lukis. Aku ni kalau lukis ..emm camna yea rupenya..hahah. cm Shinchan ka..hahahha Try guglee and blaja dari youtube.. Yela, dgn ilmu tu, boleh la kurangkan buject tuk makeup nanti an.. kalo tunang boleh makeup sendiri. Nowdays my fren cakap makeup nikah+kawen da cost RM 500.. dah xde da 300.. Jadi berazam nak blja sendiri.. kalo nak cantek, kena amik makeup artis la...hahah. Aku lebih suka yg natural cm artis korea tu hehe..

Kalau untuk g kerja ke, xperlu pakai gam. Gam ni sebenarnya nak bagi dia melekat and nampak kemas dan rapi gituuu.. Selalu kalau yg pkai gam ni tuk event. Kalau nak beli gam kening. kena tgk lu sbb ada sesetengah org sensitif dengan latex. Boleh menyebbkan iritasi pada kulit.

Apa yang perlu ada untuk melukis kening. Tanpa cukuran.

Teknik nak lukis kening. Ambil pencil kening untuk ukur kening yang ideal. Sila lihat gambar.
- Maskara Kening
- Gam
- Brush
- Shape Pencil Kening Warna Brown+Berus Kening
- Sharpener Pensil Kening
- Foundation    

Myself. First time lukis kening aihhh.. Kena berlatih g. Hehe
Kalau nak beli set kening, boleh contact Kak Bihan.
Panduan perhaps

Gambar 1:
Rapikan kening menggunakan berus kening.Kalau tak ada berus kening,korang boleh guna berus maskara mata yang dah tak guna. Basuh dengan bersih berus tu dan sikat seperti biasa.

Gambar 2:
Lukis kening menggunakan Mac Eye/Lip Liner Pencil.Lukis mengikut bentuk yang korang suka.Tebal atau nipis terpulang.

Gambar 3:
Letak gam Eyelashes Adhesive Duo WaterProof di bahagian kening yang tebal di bawah.Lebih tepat letak di basi kening yang tidak dilukis tu.Letak sikit sahaja.Tunggu sehingga gam tersebut betul-betul kering.

Gambar 4:
Sapukan foundation naturactor dari Meiko menggunakan berus foundation dibahagian kening yang telah di gam tadi.Sapukan dengan teliti dan tertib.Kod foundation tu bergantung kepada warna kulit korang taw.

Gambar 5:
Setelah itu,sapukan Maskara Kening Dolly Cat untuk kemasan yang terakhir.

Gambar 6:
Siap. Dah boleh melaram dengan kening yang kemas dan cantek.


Contoh Kening yang cun



  
 kekekekehhhhh...





Wednesday, 28 January 2015

DIA dan nikah. yeahhhh :)

THROWBACK

24 JANUARI 2015
24 Januari 2015
Da 2 org my BFF kawen. Mrs. Raihana tahun 2014, mommy to be da pwn.. Awal  bulan March ni bersalin.. Doa an my fren selamat bersalin dan semoga Allah permudahkan semua nya.. Sekejapkan masa berlalu. Rasa mcm baru semalam habis SPM. enjoy2 main ice skate at Pyramid.. tu je tempat lepak yg paling dekat. nak g kena naek bus tin sardin.. yela time tu mana ada lesen g. hahah... tersenyum bila ingat kembali.. skunk da bnyak tempat lepak.. sebelah umah je da ada Paradigm. rinduya zaman sekolah. x perlu nak fikir kerja. enjoy and enjoy . teruk an iolls ni. heheh lu x matang.. skunk Alhamdulillah matured la cket. cket je la kot. :)

oke berbalik the story for today.. Nisa nak kawen.. kali ke-2 i jadi bridesmaid.. :)
Tema bridesmaid warna kuning.. bila photoshoot sgt menyerlah kot.. cantik sgt. Bila la time i nak kawen ni. heheh.. harap next to be :)

The kenduri.. auch pelamin chntek kot.. bila fikir , ak x mampu kot.. huhuhu I suka sbb banyak flowers and warna soft. . Kena berjimatlah kalau nak wedding gah.. hahahha.. nth la..tgk je la nnti. Tak nak lah membebankan bakal imamku...aicehhhh heheheh 

Throwback~ Nana kenduri and Nisa, and zaman sekolah.. muka budak2  hehe
GuestBook



Kenapa mata kita berkedip?

Assalamualaikum.


Seminggu ni mata sebelah kanan asyik berkedip je.. ase x selesa.. rimas pulak and berusaha untuk cover dari org ramai cz takut depa nampak cm keanehan..hahah.. Dalam fikiran takut gak ada kaitan dengan saraf ka..emmm.. harap tak lah.. doa yang baik2 je la.. :)

Disebabkan kerisauan yang melampau.. ak tnya pakcik guglee.. Dia bercerita.. Begini bunyinya..

Kata orang-orang tua, :

“kalau yang bergerak tu kelopak mata kanan, ada saudara sebelah ayah yang meninggal , 

kalau sebelah kiri , ada saudara sebelah mak pula yang meninggal” dan 

“kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh”. Ada juga yang kata “nak dapat berita baik”. 

Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya “ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis”.

Eye twitching atau dalam Bahasa Malaysia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau ada juga yang memanggil mata bergerak-gerak atau mata bergerenyet, berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata. Kedipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Namun kes yang biasa dijumpai adalah kedipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.

Fenomena ini sebenarnya dipanggil dalam bahasa perubatan sebagai Myokymia. Untuk menyelesaikan masalah eye twitching ini, kita lihat dahulu punca-punca yang menyebabkan masalah ini terjadi.  Punca-punca yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

Tekanan (Stress)
Kelesuan (Tiredness)
Ketegangan Mata (Eyestrain)
Kafein (Caffein)
Alkohol (Alcohol)
Kekeringan Mata (Dry Eyes)
Ketidakseimbangan Nutrisi (Nutritional Imbalance)
Alergi (Allergies)

Secara umumnya, eye twitching adalah tidak merbahaya kepada pengidapnya memandangkan sifatnya adalah benign (tidak merebak). Walaubagaimanapun, eye twitching merupakan masalah yang agak sukar diubati jika penyebabnya tidak dapat diketahui secara jelas.

Mengapa mata saya berkedip-kedip?

1. Tekanan: Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitching terutamanya berkaitan dengan ketegangan mata. Mengurangkan punca tekanan tersebut berupaya mengurangkan eye twitching.

2. Kelesuan: Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. Ketegangan Mata: Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mendapatkan kuasa kacamata yang baru.

Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.

oke.. da nampak salah satu puncanya..terlalu lama tgk PC..

4. Kafein dan Alkohol: Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching. Jika pengambilan adalah berlebihan, cuba untuk kurangkan dan untuk muslim pula, perlu ke untuk ambil alkohol?

5. Kekeringan Mata: Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant dll) dan pemakai kanta sentuh. Anda yang mempunyai masalah ini boleh menggunakan beberapa medikasi yang sesuai untuk mengurangkan masalah mata kering.

6. Ketidakseimbangan Nutrisi: Beberapa laporan mengatakan kekurangan nutrisi seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye twitching. Walaubagaimanapun laporan-laporan tersebut tidak dibuktikan secara saintifik. Oleh itu, sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan atau vitamin, sila rujuk dengan pakar pemakanan terlebih dahulu.

7. Alergi: Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching. 

Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan  mata kering. Oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.

Monday, 26 January 2015

Cuti-cuti main kuda


Kakngah memey suka kuda dari kecil. xtw kenapa that my fav animals selain rabbit.. Kalau la at k.j ni boleh bela kuda ..auch bestnya..g sekolah bawa kuda..rare x hahahha.. berangan x habis.. balik Kelantan, selalu nampak at umah org at tepi jalan.. kuda melambak...fuhh kayo2 depa ni aihh..
Kakngah ni umah flat je.. mana nak rempat kuda tuu...huhu.. jadi in my dream perhaps.

Hari tu ikut adik g Denai Alam Recreational and Riding Club (DARC). Dia maen kuda at situ, jadi kami adikberadik boleh main free lah seketika..walaupun sekejap..dapat la rasa. cheq x mampu nak maen lol.. kena ada duit riban cket.. baik balik kelantan beli kuda sa.. huhu. korang kalo nak main kuda g DARC.. nt ade coach ajari.. tapi kena la train selalu bia kuda tu kenal kita.. nnt senng kita nak handle.. and kuda sesitif bahagian telinga.. Awas jagan jentik telinga depa..kang kena menyepak sulung. hewhehwehwhe...

Tunggang kuda an hobi kengemaran Rasululllah s.a.w. badan pwn sehat cuma kena labur la cket..hehe



Alamat nya kalo korang berminat :

Denai Alam Recreation and Riding Club (DARC)
No 1, Jalan Elektron U16/100
Seksyen 16, Denai Alam
40160 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: +6010 240 2606
Email: info@darchorse.com.my
GPS Code: 3.153028,101.520538

Operation Hours
Tuesday – Sunday: 8am - 11pm
Monday closed