Wednesday, 28 January 2015

Kenapa mata kita berkedip?

Assalamualaikum.


Seminggu ni mata sebelah kanan asyik berkedip je.. ase x selesa.. rimas pulak and berusaha untuk cover dari org ramai cz takut depa nampak cm keanehan..hahah.. Dalam fikiran takut gak ada kaitan dengan saraf ka..emmm.. harap tak lah.. doa yang baik2 je la.. :)

Disebabkan kerisauan yang melampau.. ak tnya pakcik guglee.. Dia bercerita.. Begini bunyinya..

Kata orang-orang tua, :

“kalau yang bergerak tu kelopak mata kanan, ada saudara sebelah ayah yang meninggal , 

kalau sebelah kiri , ada saudara sebelah mak pula yang meninggal” dan 

“kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh”. Ada juga yang kata “nak dapat berita baik”. 

Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya “ada berita kurang baik yang akan didengar dan akan menangis”.

Eye twitching atau dalam Bahasa Malaysia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau ada juga yang memanggil mata bergerak-gerak atau mata bergerenyet, berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata. Kedipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Namun kes yang biasa dijumpai adalah kedipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.

Fenomena ini sebenarnya dipanggil dalam bahasa perubatan sebagai Myokymia. Untuk menyelesaikan masalah eye twitching ini, kita lihat dahulu punca-punca yang menyebabkan masalah ini terjadi.  Punca-punca yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

Tekanan (Stress)
Kelesuan (Tiredness)
Ketegangan Mata (Eyestrain)
Kafein (Caffein)
Alkohol (Alcohol)
Kekeringan Mata (Dry Eyes)
Ketidakseimbangan Nutrisi (Nutritional Imbalance)
Alergi (Allergies)

Secara umumnya, eye twitching adalah tidak merbahaya kepada pengidapnya memandangkan sifatnya adalah benign (tidak merebak). Walaubagaimanapun, eye twitching merupakan masalah yang agak sukar diubati jika penyebabnya tidak dapat diketahui secara jelas.

Mengapa mata saya berkedip-kedip?

1. Tekanan: Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitching terutamanya berkaitan dengan ketegangan mata. Mengurangkan punca tekanan tersebut berupaya mengurangkan eye twitching.

2. Kelesuan: Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. Ketegangan Mata: Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mendapatkan kuasa kacamata yang baru.

Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.

oke.. da nampak salah satu puncanya..terlalu lama tgk PC..

4. Kafein dan Alkohol: Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching. Jika pengambilan adalah berlebihan, cuba untuk kurangkan dan untuk muslim pula, perlu ke untuk ambil alkohol?

5. Kekeringan Mata: Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant dll) dan pemakai kanta sentuh. Anda yang mempunyai masalah ini boleh menggunakan beberapa medikasi yang sesuai untuk mengurangkan masalah mata kering.

6. Ketidakseimbangan Nutrisi: Beberapa laporan mengatakan kekurangan nutrisi seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye twitching. Walaubagaimanapun laporan-laporan tersebut tidak dibuktikan secara saintifik. Oleh itu, sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan atau vitamin, sila rujuk dengan pakar pemakanan terlebih dahulu.

7. Alergi: Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching. 

Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan  mata kering. Oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.

No comments:

Post a Comment