Monday, 26 January 2015

Bagaimana Rasulullah s.a.w merawat Jerawat ?


Kakngah tgh google jumpe web ni. http://www.anugerahquran.com/blog/bagaimana-rasulullah-s-a-w-merawat-jerawat/ mungkin boleh dimanfaat an bersama.. ada doa sekali.. bila kita pakai krim malam or krim jerawat blh baca doa ni sambil sapu and urut muka. Niat untuk menyembuhkan muka dan yahin pada Allah. :)

Story

Di jarinya, tumbuh sesuatu yang menjengkelkan.

Selalunya ia menempek pada muka, tak ada pada tempat lain. Memang pelik. Macam mana jerawat boleh tumbuh pada jari?

Lalu beliau berjumpa dengan seseorang yang boleh membantu masalahnya. Orang ini bukannya seorang doktor. Bukan juga seorang pengamal perubatan.

Tapi orang ini bukan calang-calang orang. Dia adalah Baginda Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W bertanya kepada pesakit itu:

“Engkau ada minyak zarirah?

Pesakit itu menjawab. “Ada.”

Baginda S.A.W bersabda: “Bubuhkan ia pada jerawatmu itu, kemudian bacalah doa:

“Allahumma musogghiral kabiir wa mukabbiras soghir soggir maabi”

Maksudnya: Ya Allah, yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawat ini.

Itu adalah pengalaman Ibnu As-Sunni yang meriwayatkannya dari sebahagian isteri Nabi. Rupa-rupanya, kaedah untuk merawat jerawat sudah diberitahu oleh Rasulullah S.A.W lebih dari 1400 dahulu.

Bukannya dermatologis dan doktor pakar.

Bagaimana jerawat terjadi?

Jerawat terjadi kerana pori pada kulit yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan beserta dengan rembesan minyak dari dalam kulit. Apabila kuman dan bakteria mula hinggap pada ruang tersebut, gumpalan-gumpalan akan terbentuk dan terus menutupi pori-pori kulit.

Masalah ini sering meghantui remaja terutamanya remaja perempuan yang baru datang bulan dan wanita yang mengalami menopos.

Faktor tumbesaran yang pesat dan ketidakseimbangan hormon adalah antara punca utama masalah ini. Faktor keturunan dan diet juga perlu diambil kira.

Terdapat banyak kaedah untuk merawat jerawat. Sebelum jenama ubat jerawat terkenal berbondong-bondong diletakkan di pasaraya dan digilai ramai, minyak ini sudah digunakan terlebih dahulu.

Kenali minyak zarirah.


Minyak zarirah diambil dari pokok Swertia chirayita. Dikenali sebagai Qasabuz-Zarirah di kalangan masyarakat Arab, ia boleh ditemui di kawasan beriklim sederhana Himalaya. Tumbuhan ini bersifat pahit, anti-keradangan  dan digunakan secara meluas di dalam perubatan Ayurveda untuk merawat buasir, ulser, diabetis dan penyakit kulit.

Minyak zarirah adalah salah satu daripada banyak kaedah untuk merawat jerawat. Ianya semulajadi dan tiada bahan kimia.

Alhamdulillah, jerawat yang ada pada jari Ibnu As-Sunni sudah reda. Ini semua berkat dari doa yang diajarkan oleh Nabi S.A.W. Lalu, ia disampaikan kepada semua orang, hinggalah sampai kepada kita.

Terpulang kepada kita untuk mengamalkannya. Jika kita yakin dengan kekuasaan Allah, insya-Allah apa sahaja masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan.

Jerawat Oh Jerawat :(


Lately ni asyik tumbuh jerwat je at muka ni.. Asyik dok pikir salah pakai produk g ke? ke x sesuai produk.. stress ke aku ni... arghhhh sakit pale kakngah tw.. Jerawat ni x malu x segan singgah rumah org aihh.. bila la nak nyah dari sini.. Sila bwak semua harta ko yea.. Ase nak pincit2 bagi kuar semua nasi dia. tp org kata is not good sbb tangan and kuku kita kotor and akan lebih memudaratkan muka.. but always i ignore cz x tahan lol.. hasilnya worst and terima kaseh .  HAHAHA.

Korang tw x punca jerawat senarnya?

1. Masalah hormon

Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm...sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria

Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan

Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress

Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek

Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari

Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian

Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..

Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cara menghilangkan jerawat

Himpunan Petua Hilangkan Jerawat(Secara tradisional)
Sumber: PetuaTradisional.com
1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri.

2. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.

3. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

4. Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

5. Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

6. Bersihkan muka sehingga bersih. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

7. Sediakan campuran air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esok paginya ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah dibasuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

8. Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

9. Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Rendam dalam bekas air dan didihkan daun teh tersebut. Kemudian lekatkan ke jerawat.

10. Bancuh satu sudu susu tepung dengan sedikit air. Tempek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.

11. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering dengan sendirinya di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

12. Rendam beberapa keping asam gelugur (asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.

13. Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung danminyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalan ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan dua kali seminggu.

14. Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.


15. Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.

ATAU guna lah DALACIN T..

Kakngah baru je beli at guardian at Ampang Park cz da x tahan sgt da..Hope oke. bnyak review kata ok and jimat untuk beberapa bulan.. price pwn ok lah RM 41.90 :)


Sunday, 25 January 2015

SKINCARE FB/INSTA

Banjir-banjir kosmetik FB/INSTA.

Again me talk bout kosmetik beauty.. da ase cm beauty center pulak. hehehe. Semua org berpusu2 untuk cantek.. for build confident. Bila laki pdg cket, harus lah terdetik an rasa riak.. (jgn tipu..hehe) and ada org ckp permpuan cantek ni . buat salah pwn x kena marah yea. Bos pwn suka. menyenangkan kata nya... Dapat itu ini. x perlu usaha lebih an// sbb tu korea di banjiri dgn surgery kosmetik . hahaha..unfair betul dunia. kalo org lu, dipakai susuk tp zaman moden. Cucuk vit C bagi putih.. dagu dibia panjang muka petak ditirusnya.. potong bedah sana sini untuk nampak bak barbie doll. bak org korea yg suci dalam debu aihhh.. bila ketawa sedih.. nampak kaku sbb ketegangan sgt... kukukiiiiii..

Think postive bak kata Prof. Muhaya.. "Kenapa nak cari cantek di mata manusia, sedangkan cantek di mata Allah itu hakiki".. Manusia sentiasa berubah tetapi Allah sentiasa berada dekat dgn kita.. cuma kita je yg selalu menjauhkan diri .. 

" Kalau org tu suka kita, Mesti dia terima kita seadanya. 
Dalam and luar kita.. Buruk baik kita "

Oke. kita nak cite pasal produk banjir online.. korang nilai sendiri and sapa2 yg pernah pakai. blh bagi feedback tuk produk yg sekian tuu...blh share.

Tp kalo korang tgkk kelebihan produk2 ni lebih kurang je..
Bagi putih,. glowing. mati semua jerawat/jeragat. Hilang bintik hitam.. emmm apa depa letak sebenarmya... curoius


And in my experience my sepupu pernah pakai Collagen plus Vit E, lama2 pakai mmg torbeak..tp da beberapa bulan. She's wakeup dgn muka bengkak cm belon.. susah nak ckp..mmg takut kot sbbb it's bout face dude.. trus jumpe doc and doc bagi ubat sapu. Confirm ada merkuri and Paraben.. i guess la. ergghhhh.. dgr cite Tabita and Collagen plus Vit E ni x bagus sbb ada chemical harm and produk ni dari indonesia.. jadi x taw r ade ke x KKM.. (jadi tanda soal ????)

And g 1 gmbr2 at kosmetik ni. kita xtw dalam pic tu fake or ori ke dok..yela nowadays da ade 360 kot.. konpius kakngah. perhaps kena tgk depa depan2 baru blh judge an.. but series skunk mmg x caya sgt produk online sbb da terkena.. sedih :( mampu berdoa and solat hajat. Semoga Allah permudahkan.. DIA yang lebih berkuasa. lebih berkuasa dari doc2 dunia :)

Org blh cakap produk lulus KKM sbb sekadar ckp an.. sekarang semua nak untung tanpa pikir keburukan nya.. yg jelas customer la mangsanya cm iolls..sedih tw.. sobsobsob.. Jadi pls check KKM oke dear. nak selamat g at Dermatologist (pakar kulit anda) hehe.

Macam2 produk at luar skunk . Contoh yg fames at FB/insta :

1) Tabita
2) Collagen plus Vit E
3) Adha
4) Wonderglow
5) Wis putih
5) Ninaskincare
6) Kaylenabeaute
7) BVR
8) Amyerabeauty
9) Farra beauty
10) Mary Kay
11) Syima Beauty
12) Fjglow
13) NurAmira Beauty
14) Airish Miracle (Duta Neelofa)
15) Nourain
16) Sofeeya Diamond
and banyak lagi.. x cukup 1 malam nak habis an.. and mungkin x an habis sbb benda ni upcoming je..


NinaSkincare
Syima Beauty

Collagen Plus Vit E ( bahaya)
Farra Beauty Skincare
Wis Putih
NaBeauty
Mary Kay ni dgr cite bgus sbb dari tumbuh-tumbuhan tp mahal cket.. Rage price RM 280. emmm (garu pale)
Oke jamu lu.. and nilai sendiri..





Cont.. pasal kimia in kosmetik


Oke, nak share ngn korang pasal kimia yg lazim in our kosmetik. Harap bermanfaat.
Produk-Produk Kecantikan Itu Berbahaya  kerana ia mungkin mengandungi:
1. Hydroquinone
Bahan ini sering didapati dalam produk pemutih kulit. Penggunaannya dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kulit merah dan rasa  terbakar, boleh mengakibatkan masalah buah pinggang, kanser darah dan kanser sel hati.
2. Merkuri
Biasa digunakan dalam produk pemutih. Kesannya ialah berlaku iritasi dan alahan pada kulit, kerosakan pada otak, buah pinggang, gangguan perkembangan janin, kerosakan paru-paru, muntah-muntah dan kanser kulit.
3. Rhodamin
Produk yang mengandungi bahan ini akan memberi kesan kepada pengguna seperti gangguan pada pernafasan dan kerosakan hati.
4. Sodium Laureth Sulfate
Biasa didapati dalam produk syampu, sabun badan dan pencuci. Bahan ini akan menyebabkan alahan kulit, asma, sakit kepala, sakit sendi, pening-pening, dan katarak mata.
5. Isopropyl Alcohol
Alkohol jenis ini biasanya digunakan sebagai pelarut dalam produk kecantikan. Bahan ini boleh merosakkan lapisan kulit dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan penuaan.
6. Tretinoin/Retinoic Acid
Jika bahan ini terdapat dalam produk kecantikan, boleh menyebabkan kulit kering dan terbakar serta menyebabkan kerosakan pada janin.
7. DEA (Diethanolamine), TEA (Trithanolamine) & MEA (Monoethanolamine)
Ketiga-tiga bahan ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati.
8. Minyak Mineral/Mineral oil
Minyak mineral walaupun kedengaran seperti baik untuk kulit, tetapi ia akan melapisi kulit hingga pengeluaran toksin dalam badan terganggu. Ia boleh mengakibatkan jerawat.
9. Paraben
Bahan ini banyak digunakan pada deodoran dan kosmetik. Ia boleh menyebabkan kemerahan dan kesan pada kulit dan disyaki boleh menyebabkan kanser payudara.
10. Propylene Glycol
Produk seperti kosmetik dan pencuci muka juga banyak menggunakan bahan ini. Bahan ini mampu menyebabkan masalah kemerahan pada kulit
11. Polyethyene Glycol (PEG)
Boleh kelembapan kulit terganggu dan mempercepatkan penuaan dan pembiakan bakteria. dan kerosakan buah pinggang dan hati.
 SEMAK!!
Senarai  produk di bawah ini telah diambil daripada web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan( BFPK), Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah dikemas kini bagi tahun 2014.  Produk ini telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan cukup berbahaya buat pengguna.

Senarai Produk Kosmetik yang Dibatalkan Notifikasi / disenarai hitam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk Tahun 2014 
1. AS Beauty Night Cream : Merkuri
2. AS Beauty Day Cream: Merkuri
3. Golden Horse Herbal Milk Lotion – GH507: Merkuri
4. Golden Horse Bio C omplex Cream – GH903-2 : Merkuri
5. Dermaceutic Spot Cream : Hydroquinone dan Tretinoin
6. Dermaceutic Spot Peel Cream: Hydroquinone dan Tretinoin
7. Temulawak Whitening Pearl Papaya Cream : Tretinoin



BAHAN-BAHAN KIMIA dalam skincare



Oke, lama bonar senarya x tulis blog. sbb kekangan masa and kemalasan. Hahhahaa. Arini i nak ckp pasal skincare yang ada at market. Konfius senarnya nak pakai skincare apa.. Lately, muka jadi bnyak sgt blackheads and jerawat..Argghhhh rasa nak menagis and sembunyi at bawah katil.

Dulu skin i x senstive pwn, ada la jerwat seketoi dua but x mcm sekarang lol...emmm
Sbb terlalu terpengaruh nak kulit flawless yg dlm iklan tuuu.. and tersilap pakai produk.. muka jadi bengkak. Series x tipu, x snap pic sbb buruk ..haha.. and few days tumbuh blackheads. Start tu da ase takut. org ckp blackhaeds ni blh cause a pimples.. x nak r an g teruk skin ni.. mmg down kot confident.. i jumpe my fren lama.. bkn nak tnya khbar ke apa.. trus ckp, " Aishah, apa jadi ngn skin ko ni, teruk sgt "...  so sad series.. ase x nak jumpa orggg.... jadi Rapunzel. duk dalam tower .. arghhhh. STRESS

Terpengaruh sbb feedback produk sgt bagus... blh bagi thumbss ok...but mungkin my skin x sesuai dgn produk tu.. sebenarnya nak tuding jari at org lain..hahahah.. tp senarnya slh sedri..sb x bersyukur dgn nikmat yg Allah beri... ase sgt berdosa.. korang at luar sana pwn jgn terpengaruh dgn iklan yg x berbayar..sbb bnyak sgt skincare yg ada skunk... kalo ase ok skin with the produk..teruskan.

Jalan penyelesaian, have been searching facial mana yg bagus tuk buang blckheads and i wanna get my skin before yg mulus suci tuu.. huhu.. x mau la putih pwn, janji kulit sehat cam NABILA HUDA..i admire kulit dia yg bersih tuu, even dia hitam cket.. But hitam tu an manis org kata.. 
 <3 <3 <3. Mungkin kena jadi artis lu baru dpt skin yg good.. like u can look cm Adira, jihan, tasha shilla, eina azman, hanis and etc

Eina Azman
Oke berbalik nak cari facial yg torbaek.. sepupu suggest DR.KOH. i've beeb research, rata2 cus ckp oke n best sbb dia an check lu muka kita, apa yg x kena, kita sesuai pakai apa... and siap bagi ubat tuk makan. cure yg dalaman lu... but kalo x de RM riban2,, emmm baik jgn datang/// . sb facial ni kane continuous tuk dapat skin yg flawless. kalo setakat pergi 2 3 kali,.. x nampk hasilnya...

1 treatmnet da cost RM 500..Haishhh bnyak sgt brg nak beli..nak wat simpanan g, nak beli umah, keter, tuk makayah. nak kawen g..gaji x cukup. perhaps kena kawen dgn anak Dato lu aihhh..hahaha
Jadi alkisah..cari facial treatment yg lain sbb x mampu..sobsobsobsbob :(

BAHAN-BAHAN KIMIA YG BERBAHAYA (taip bosar cket, bgi torang .. kukikuiii)
*AHA,
*LIQUIDUM PARAFFINUM,
*PARAFFIN OIL ,
*PARAFFIN WAX,
*PETROLATUM,
*ETHYLPARABEN,
*P-PROPYLPARABEN,
*ISOBUTYLPARABEN
*Da blh check at korang nya kosmetik..

MIDAZOLIDINYL UREA AND DIAZOLIDINYL UREA
Ini adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selepas parabens . Bahan utamanya adalah formaldehid, yang dikenali untuk mengawetkan mayat, dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar, keradangan, dan pengeluaran air mata.
METHYL AND PROPYL AND BUTYL AND ETHYL PARABEN
Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteria dan untuk melanjutkan had masa luput produk. Walaupun diketahui beracun, namun kandungan ini masih banyak digunakan. Kesan yang mungkin berlaku adalah timbul banyak reaksi alahan dan ruam kulit.
PETROLATUM
Elakkan petrolatum atau parfum berbahan petrolatum kerana ini merupakan sebuah byproduct dari pengeluaran minyak bumi atau petrol.
 PROPYLENE GLYCOL
Ini adalah gliserin sayur-sayuran yang dicampur dengan alkohol yang diperbuat dari gandum. Propylene Glycol ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersihan wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. Walaupun kajian terkini menunjukkan bahawa zat ini juga boleh merosakkan buah pinggang dan hati.
 PVP/VA COPOLYMER
Zat kimia yang hasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk hairspray dan kosmetik lain. Dianggap boleh beracun kerana partikel – partikelnya boleh menyebabkan kemasukan bendasing pada paru – paru yang sensitif.
STEARALKONIUM CHLORIDE
Stearalkonium klorida dibangunkan oleh industri kain sebagai pelembut kain. Namun, zat kimia ini juga terkandung dalam kondisioner dan krim rambut. Bahan ini boleh menyebabkan alahan.
SODIUM LAURYL SULFATE (SLS)
Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah iritasi pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan.
SYNTHETIC COLORS
Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini, jangan sekali – kali menggunakannya.
SYNTHETIC FRAGRANCES
Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Bila anda menggunakan produk wangi maka semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pusing, ruam, hiper – pigmentasi, batuk, muntah dan iritasi kulit.
TRIETHANOLAMINE
Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan PH dan sebagai asas bagi banyak produk pembersihan. Triethanolamine boleh menyebabkan alahan, termasuk masalah mata.
HIDROKUININ

Sejenis peluntur turut berperanan menghakis kulit.

jap lagi sambung .. :)

Sunday, 8 December 2013

Wonderglow testimoni

After 6months consume wonderglow. Alhamdulillah puas hati sgt. 

 WG gold (RM120+Free pos)

Sebarang pertanyaan atau order boleh inbox saya
https://www.facebook.com/noraishah.wanibrahim

Mmg best sgt, kwn2 pwn start tegur ckp muke nampk fresh dari pagi smpai petang .  ni ade byk g testimoni.
Ni muke before consume WG, kusam jew. skunk chumel da :)
Testimoni WG

Flawless jew muke .
Tester WG
Testimoni
Makcik2 pwn bole pkai. WG sesuai tuk semua peringkat umur :)
Kaum adam pwn bole pkai. lek kecut an jerawat2 tegar .








Wednesday, 23 October 2013

Apa yang best ttg WONDERGLOW skincare?



Super krim penyeri ultra yang sungguh berkuasa 10 kali ganda! Krim ini mampu menjadikan wajah anda cerah berseri dan putih bercahaya dengan semulajadi. Ia merupakan krim penyeri wajah yang pertama di Malaysia. Kami jamin 100% krim ini dapat menandingi produk pencerahan yang berada dipasaran! 
Inilah krim yang ditunggu-tunggu oleh semua wanita dan juga jejaka!


Krim Wonder Glow ini mampu menghapuskan pigmentasi, tompok hitam, jerawat, dan juga kedutan dengan pantas dan selamat! Wajah gelap dan kusam akan menjadi cerah berseri serta pinkish effect seperti pelakon sinetron/telenovela ditelevisyen dan filem! 

Ini adalah anugerah teragung dalam industri dunia kecantikan! Krim kecantikan in jugai dapat memberi kesan kecerahan Ultra paling pantas iaitu seawal 3 hari!! Mengandungi agen pemutihan yang selamat seperti Super Glutathione, Vitamin C Infusions serta Sarang Burung Walet iaitu agen kolagen menakjubkan!!. TANPA pengelupasan dan alergi!.  

Tidak mengandungi hydroquinone atau sebarang peluntur, merkuri, dan juga paraben. Lupakan foundation/alas make up/cover face yang membuatkan kulit anda kelihatan tidak natural atau putih melepak bagaikan tepung gandum. Alas bedak juga memberi kesan yang tompok dan berbelak apabila berpeluh dibawah sinar matahari. Tambahan pula, kenapa perlu anda make up? Sedangkan anda mampu memiliki kulit sihat berseri tanpa cela dengan krim hebat ini.

Produk WG yang berada di pasaran

a) Wonderglow GOLD (RM120)
FUNGSI:
- 2x kesan pencerahan dan vitamin C.
- 25++ SPF iaitu mengawal cahaya matahari yang sangat terik sebanyak 25 kali ganda, sesuai untuk mereka yang sering terdedah kepada cahaya matahari selama 4 - 5 jam.
- Mencerahkan dan menyerikan wajah.
- Menghilangkan pigmentasi yang tebal.
- Menghapuskan jerawat dengan berkesan
- Mengecilkan pori - pori wajah
- Menghaluskan kulit secara semulajadi
- Anti Penuaan dan Awet muda yang ungul
- Mengandungi mengandungi kombinasi hebat glutathione vitamin C infusions dan sarang burung walet agar kulit sihat bercahaya dan bersinar.

b) Pink Jambu Pinkish [Ultra Series] RM180


-Terkelupas dan Memutihkan kulit
-Menghapuskan Pigmentasi
-Menghilangkan Jerawat dengan Effektif
-Mengecilkan pori - pori wajah secara semulajadi
-Anti Penuuan yang Berkesan
- Penghapus jerawat batu, bekas parut & jeragat yg teralu degil

[Day Cream + Night Cream + Wonder Bar Apple Stem Cell + Alergy Cream]

c) Pink Jambu Stemcell 30 [Advanced Series] RM180


Khas untuk 30thn ke bawah
- Terkelupas dan Memutihkan kulit
- Menghapuskan Pigmentasi
- Menghilangkan Jerawat dengan Effektif
- Mengecilkan pori - pori wajah secara semulajadi
- Anti Penuuan yang Berkesan
- Menambah seri dan kecantikan yang merlampau

[Day Cream + Night Cream + Wonder Bar Apple Stem Cell + Vitamin C & E Serum]

d) Pink Jambu Stemcell 40 [Advanced Series] RM 180


Khas untuk 30thn ke atas
- Terkelupas dan Memutihkan kulit
- Menghapuskan Pigmentasi
- Menghilangkan Jerawat dengan Effektif
- Mengecilkan pori - pori wajah secara semulajadi
- Anti Penuuan yang Berkesan
- Menambah seri dan kecantikan yang merlampau

[Day Cream + Night Cream + Wonder Bar Apple Stem Cell + Vitamin C & E Serum]

e) Riang Tirana (RM150)
I'm A Newborn Beautiful Butterfly!


- Khusus untuk memudarkan parut jerawat dan bintik hitam
- Mencerah & menyerikan Wajah
- Menghilangkan Pingmentasi dengan berkesan
- Menghaluskan kulit dan mengecilkan pori - pori wajah secara semulajadi
- Anti penuaan dan awet muda
- Mengandungi kombinasi hebat ; GLUTATHIONE, ARBUTIN & EKSTRAK MUTIARA.

f) Wonderglow HD cream (RM 75)

- Melindungi kulit dari sinaran UV yang berlebihan
- Memutihkan kulit anda dalam masa satu minit!
- Boleh digunakan pada muka dan tangan
- Krim berdifinisi tinggi (HD)

More detailed