Kakngah tgh google jumpe web ni. http://www.anugerahquran.com/blog/bagaimana-rasulullah-s-a-w-merawat-jerawat/ mungkin boleh dimanfaat an bersama.. ada doa sekali.. bila kita pakai krim malam or krim jerawat blh baca doa ni sambil sapu and urut muka. Niat untuk menyembuhkan muka dan yahin pada Allah. :)
Story
Di jarinya, tumbuh sesuatu yang menjengkelkan.
Selalunya ia menempek pada muka, tak ada pada tempat lain. Memang pelik. Macam mana jerawat boleh tumbuh pada jari?
Lalu beliau berjumpa dengan seseorang yang boleh membantu masalahnya. Orang ini bukannya seorang doktor. Bukan juga seorang pengamal perubatan.
Tapi orang ini bukan calang-calang orang. Dia adalah Baginda Rasulullah S.A.W.
Rasulullah S.A.W bertanya kepada pesakit itu:
“Engkau ada minyak zarirah?
Pesakit itu menjawab. “Ada.”
Baginda S.A.W bersabda: “Bubuhkan ia pada jerawatmu itu, kemudian bacalah doa:
“Allahumma musogghiral kabiir wa mukabbiras soghir soggir maabi”
Maksudnya: Ya Allah, yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawat ini.
Itu adalah pengalaman Ibnu As-Sunni yang meriwayatkannya dari sebahagian isteri Nabi. Rupa-rupanya, kaedah untuk merawat jerawat sudah diberitahu oleh Rasulullah S.A.W lebih dari 1400 dahulu.
Bukannya dermatologis dan doktor pakar.
Bagaimana jerawat terjadi?
Jerawat terjadi kerana pori pada kulit yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan beserta dengan rembesan minyak dari dalam kulit. Apabila kuman dan bakteria mula hinggap pada ruang tersebut, gumpalan-gumpalan akan terbentuk dan terus menutupi pori-pori kulit.
Masalah ini sering meghantui remaja terutamanya remaja perempuan yang baru datang bulan dan wanita yang mengalami menopos.
Faktor tumbesaran yang pesat dan ketidakseimbangan hormon adalah antara punca utama masalah ini. Faktor keturunan dan diet juga perlu diambil kira.
Terdapat banyak kaedah untuk merawat jerawat. Sebelum jenama ubat jerawat terkenal berbondong-bondong diletakkan di pasaraya dan digilai ramai, minyak ini sudah digunakan terlebih dahulu.
Kenali minyak zarirah.
Minyak zarirah diambil dari pokok Swertia chirayita. Dikenali sebagai Qasabuz-Zarirah di kalangan masyarakat Arab, ia boleh ditemui di kawasan beriklim sederhana Himalaya. Tumbuhan ini bersifat pahit, anti-keradangan dan digunakan secara meluas di dalam perubatan Ayurveda untuk merawat buasir, ulser, diabetis dan penyakit kulit.
Minyak zarirah adalah salah satu daripada banyak kaedah untuk merawat jerawat. Ianya semulajadi dan tiada bahan kimia.
Alhamdulillah, jerawat yang ada pada jari Ibnu As-Sunni sudah reda. Ini semua berkat dari doa yang diajarkan oleh Nabi S.A.W. Lalu, ia disampaikan kepada semua orang, hinggalah sampai kepada kita.
Terpulang kepada kita untuk mengamalkannya. Jika kita yakin dengan kekuasaan Allah, insya-Allah apa sahaja masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan.
No comments:
Post a Comment